Wednesday 22 October 2014

Tioman Island (part 2)

sambungan dari Tioman Island (Part 1)

The next day, after breakfast kami siap2 nak p snorkelling. P amik snorkelling gear yang telah disewa sekali dengan pakej 3 hari 2 malam tu... saya dah belik smorkelling gear sendiri tp dak farah ni sebok plok nak pakai mama punya.. aiishhh...terpaksalah beralah ngan anak...

Ready to snorkel
Setiap wajah menunjukkan reaksi yg berbeza....
Bot membawa kami ke pit stop pertama.. he..he.. pulau renggis... 1st time masok laot dalam nak snorkelling.

Tu dia pulaunya... kecik sngt pon...
Model kalendar pulau renggis..
meman enterframe btl bdk isa neh..😈
Mula2, Rasa x brp nk confident sangat. tapi bila dah lama2 ok aja.. memang seronok tengok ikan macam2 jenis... to my surprised, Farah langsong x takot. it was her 1st attempt but she was so brave.. Boleh terjun dari bot selamba aje....Cuma kami terkilan lupa bawak roti... kalu tidak boleh attract banyak lagi ikan. sebenarnya bukan lupa tp x tahu.. Patotla ade nampak banyak kedai jual roti2..Ingatkan untuk org makan, rupanya untuk ikan. yang hubby pon langsong x ingatkan, walhal die dah berkali2 p snorkeling.

Happily snorkelling @ Pulau Rengis. Look at Farah,
at the right side corner...😊
 Sebenarnya, this was my 2nd attempt p snorkelling. Masa 1st time kat pangkor, long time ago and it was a bad memory for me as I was stung by a sea urchin, ataupon lbh famous dikenali sebagaI rambutan laot.  There were hundreds of stings on my feet. It was so painful as if u had small needles in  yr veins. Ever since, I x prnh snorkeling lg until this very day....😦😦

Inilah rupa sea urchin. Look at the
thorns...Imagine when they stuck into yr
feet... aishh x blh nk ingt... (photo courtesy
of Wikipedia)
Lepas sejam di Pulau Rengis, kami dibawa ke pit stop kedua, Taman Laut. Taman Laut kena bayar bayaran tambahan rm5. tapi kalu naik dari Tanjung Gemok, x perlu bayar.

Ni kat tmn laot
Antara aksi ikan yg dpt kmi snap
Another one...
Kat sini kami boleh snorkelling lebih lama. Sedang kami syiok2 snorkeling, tetiba hujan turun. tapi dah memang basah.... Biar ajelah hujan. 

Alang2 basah
Lunch juga dekat sini.. Punyalah lapar, sampai ikan jatuh pon, kutip balik masuk dalam polystyrene (dengan alasan: less than 3 seconds, so kuman x sempat nak hinggap). kami makan dengan rakusnya sebab lapar sangat. Lepas makan, lepak2 kejap kat taman laot. Farah masih lagi nak masuk air. papa pon terpaksalah teman anak daranya yang x reti penat tu....

Anak mama yg sngt berani lg gigih...
Papa melayan ank daranya...
Sepanjang kami snorkeling ni, mmg ade 2 org petugas yg ikot kami dr chalet. Mmg handal adik tu menyelam.. asal farah punyer goggles ilang aje, mesti die jumpa carik.

 Habis di taman laut, bot bawa kami ke duty free shop dekat Tekek. Adelah satu kedai cina kecik jual coklat2. Murah x murah, x baper nak pasti plok. tapi, kami tetap membeli dengan rakus. Ada jugak kedai kek dan kedai peladang kat situ.

Cantikkan? Mcm kat Langkawi
Ready nk
shopping plok....
cer tngk ape yg gantong2 tu...
Ni lah sign kedainyerr.. kecik jer pong
Tu die kedainyerr...
 45 minit kemudian.....


Kami sampai kat chalet, dekat nak petang jugak. Memang letih. Rehat2 jap, lepas tu malam ade BBQ. BBQnya biasa2 ajela... iyelah, harga pon murahkan.. tp bolehla...

Yg terawal smpai. Mknan pon blm ready. . Punyalah
semngat waja nk berBBQ
sedang menjamu selera...
Lepas dinner, kami pakat turun ke area jetty. Budak2 laki ade satu misi. nak timbal balik perlawanan yang dah kalah semalam. Tapi rasanya usaha gagal la....

masih kalah lg....
Lepas tu... mika p memancing.. Kali ni nasib lebih baik... tengok tu, mika dapat ape?
Cuba nasib lg mlm ni...
Yeeehaaa..dapat atok sotong!
1st time tngk sotong idop.. lain warnanyer
Tapi tu satu ajelah rezeki mereka malam tu. Mereka bawak ke kedai tepi jeti tu, bayar RM5, goreng tepong. Keras sotongnya. Sotong tua kot.. Dahla besar.

Atok sotong td

Tuesday 7 October 2014

Tioman Island (Part 1)

Sebelum sambung pengembaraan ke luar negara, nak cerita sikit pasal trip cuti sekolah bln 6 hari tu... dah lama dah ni sebenarnya..he..he.. Lepas balik Sydney hari tu, kami buat trip adik-beradik ke Tioman. Seramai 9 orang, termasuk 2 kanak2 blm cukup umur join trip ni... Kami convoy 2 keta, hubby's car and bobby's car. Midori angah x cukup umur, tinggal jaga rumah.

Kami bertolak tengah malam, semangat waja! Mula2 ingat nak bermalam di area mersing, tp pasal ade sebab2 yg x dapat dielakkan, kami pon bertolak pukul 2 pagi. Dah la jalan nak ke jeti tu punyalah mencabar, dengan gelapnyer, kabusnya, dengan mengantoknya lg, sabor jelah...

Stop sat p toilet sambil cuci2 muka kasik hilang ngantok
Kite suruh layan pilot, ini kijanyer...
Alhamdulillah, x ada apa2 aral yang melintang, pukul 7 pagi kami sampai ke jeti Mersing. Washing up, and then breakfast. Lps tu, bertolak la ke Tioman.

Pekan Mersing di waktu pagi

Bergambar di jeti. Mcm gajah bawak lado

Parking yang selesa dan dikawal disediakan di jeti dengan
 bayaran yang berpatutan.
Sambil breakfast, angah p amik tiket kat kaunter. Tiket dah termasuk dalam bayaran RM320 tadi. Feri penuh. Ade ke patot kami ade 3 orang yang kena berdiri. Last2 kami panjat naik atas dan duduk kat bumbung. Lagi seronok, fresh air...

Isa sambong tido dengan bergaya
Comel mama

Tu dia 3 org kena berdiri...
Mula2 cadang nak duduk kat Tekek tp dah penoh. So, kami menyewa kat Island Reef Resort, Kampung Genting (stop pertama dari Mersing). Punyalah seronok stop pertama, coz boleh turun dulu, tapi ko x tau, balik nanti masakla menunggu....kikiki

Seronok jadi orang pertama turun!

Pakej kat Island Reef ni rm320 untuk dewasa dan rm290 untuk kanak2. Pakej termasok makan 3x sehari (malam sabtu ada bbq), snorkeling gear, feri, dan bot. Kira oklah resort ni.. Nak kata mewah, memanglah tak. Kalu nak bermewah2, sila ke Berjaya Resort ya, x pon ke Tuna Maya.  Tp air cond bilik kami ni kurang sejuk ah..mencabar jugak kalu time tengahari. Nasib baik siang hari x dok dalam chalet. Kalu idak, mau gak separa masak dibuatnya..

Naik tangga nak ke chalet. Lif tidak disediakan. Jadi, jika anda
rasa kaki anda x berapa nak tahan, silalah duduk di tempat lain.
Kalu jenis rakan muda aktif, sangatlah dialu2kan...
Petang tu, lepas check in, xtvt free and easy. So, kami pon jalan2 pusing Kampung Genting. Lepas tu, berenang2 kat tepian laot. Kedai makan banyak, senang nak minum2 dan makan2. Lunch pada hari pertama tidak disediakan. Ada sebuah klinik kesihatan kecil kat sini. Sangat berguna jika anak2 anda atau anda sendiri semput. Dak Faris ambik neb kat klinik ni setelah seharian bercanda di laot.






Malam dinner kat chalet. Kami ni jenis yang x fussy, tolak batu dan kayu aje. So, rasanya memang ok ja dinner malam tu. Lepas makan, kami jalan2 kat kedai2 di kampung genting tu. Barang x murah la. Agak mahal, baik belik kat Tanah Besar (area jeti Mersing).  Selain itu, kami juga...

Mengadakan perlawanan futsal dengan
 kanak2 local di Kampung Genting.Sungguh memalukan, wakil2 sekolah dan wakil2
 kompeni, kalah terok dengan budak2 kecik
 kampung.. Ape da... Mlm esok, mika nak
lawan lagi tu... nk tebos kekalahan
kunon...

Selepas dimalukan main futsal, kami pon...

P mancing plok... Memang x da luck malam ni. Dah la kalah terok,
satu ikan sotong pon x mo lekat...
Kita cuba nasib esok malam pula.... Sebelum mengundur diri...

Senja di Kampung Geting, Pulau Tioman

OVERNIGHT AT THE BERBER DESERT CAMP

Selepas lunch, kami teruskan lagi perjalanan yang panjang sampai lah petang.  Look at the view.. Magnificent!  We crossed the High Atlas Mou...

You may also like to read these...