Monday 29 December 2014

MAKAN2 DI SIEM REAP

This would be the last post on Siem Reap. Lepas ni kita nak bercerita kisah lain pula...he..he..
Makanan halal di Siem Reap ni usah risau. Sangat senang dan x susah. Banyak aja kedai2 halal di sekitar Siem Reap especially dkt area Muslim quarters. Antara kedai2 yg kami makan, ada dua kedai yang saya nak rekomen. Rasanya boleh tahan sedap dan harga juga berpatutan.

Kedai pertama ni namanya Tobbayana. Dua kali kami makan sini. Kali pertama masa baru sampai, dan kali kedua masa nak balik. Owner kedai ni seorang muslim dari Thai yg dah lama berkahwin dengan warga tempatan. Kedainya besar. Ada dua tingkat. Tingkat bawah ada air-cond manakala tingkat atas open air concept, Duduk pon bersila. Restorannya dihias cantik. Portion makanan kat kedai ni banyak. rasanya, satu lauk boleh share 2 org. Thor yg rekomen kedai ni kat kami. Jom tengok2 sekitar kedai



Tingkat bawah
Witing for food
Menu dan harga
Jom tengok food yang kami order...

Siap bunga bagai...
Water melon juice. Dalam rm7
Memang pekat

Tom yam sedap.... memang mcm tom yam siam
Makanan tradisional Kemboja. Amok namanya. Kami ambik amok ikan.
boleh juga ayam atau daging

Sweet sour fish Marvelous! (USD7)
Kerabu mangga... 
Kak Iken tersenyum kenyang. Yg
ni dekat open space ting 1
Ni owner.. Sorry ler ya, terpaksa
crop. Kecik sangat tuan resto ni,
sampai org lain rasa mcm giant
berdiri sebelah dia..he..he..
Harga makanan-makanan di atas ranged dalam USD4 ke USD 7 sepinggan, Yang paling mahal ikan la, USD7.. amok dan tom yam tu dalam USD5 rasanya.. Tp kira murahla ikan dapat harga rm21, dah siap masak. mana dapat kat Bagan Lalang rega tu...

Muka dah kenyang semua... Baju merah muka sedih kat depan tu Thor. 

Terima kasih...jumpa lagi
Address : Svaydongkom Village, Svaydongkom Communue, Siem Reap City, Angkor Cambodia. 
Tel : +855 12 625 938, +855 12 813 008 
E-mail : info@thobayana.com
Website : www.thobayana.com 
Boleh cuba ya sesiapa yg nk ke siem reap.. mmg sedap. Very authentic!

Kedai kedua pula, Dari Silk Factory, kami p lunch kt kedai yg yg JM rekomen. Rupanya restoran ni dekat muslim area. Betul2 depan kedai tu ada masjid. Owner kedai ni nama Mat Nor. Sempatla berborak2 dengan dia. JM, En Mat Nor ni ingat lagi ke JM. Dia kata ada Malaysian datang kedai die nama JariManis...

Kedai ni tepi simpang.. dekat dengan masjid.. sign nyer
rupa gini
Ustaz MBR kita dengan En Mat Noor,owner kedai
Keadaan restoran
Kami solat kat sini. Kecil
tp bolehla...
Jom tngk lauk2nya. Harga lebih kurang di Thobayana tp portionnya kecil sedikit.

Daging grg halia

Ni ayam...tp dh lupa masak ape...

Berikut merupakan popular Cambodian food. Kalau p Kemboja mmg kena try la laok ni. Daging lembu naik bukit namanya. Tender beef is sliced and mixed with egg, then barbecued at the table. Later, vegetables are steamed in the soup around the grill.
Bahan2 yg di perlukan
Hampir siap....
Masjid kelihatan dr restoran muslim family kitchen.


Kak Iken dn kakaknya
 menjamu selera
Lepas kenyang makan, kami solat. Resto ni dalam 20 meters dari  Neakmah Mosque.  Dah jalan kaki p masjid, tiba2 imam masjid kata air kat tempat wuduk wanita tak ada,. Balik semula ke kedai Mat Nor, solat kat surau restoran. Tp, yang lelaki teruskan aja solat di masjid coz tempat wuduk mereka ok, x ada problem air. Kalau nak menderma kat masjid ni pon sangatlah dialu2kan. Boleh aja bagi pada imam masjid. x ada pulak ambik gambar imam dan masjid...he..he.. trip kali ni x bnyak snap gambarla.. banyak melangut aje.. Gambar2 kat kedai makan tadi pn, ehsan gang jalan (Kak Iken).

#069, Steung Thmei Village, Svaydangkum Commune, Siem Reap City, Cambodia
Tel: +855 12 973 623 or +855+ 12 985 654
Websitenya ada tp ntah kenapa x blh nak access. 
Buka sampai pukul 9 mlm. 




PRAY FOR QZ8501

16 comments:

  1. Hihi sangat useful lah kan info ni. Nak suruh driver tuk2 hafal kedai ni, Muslim Family Kitchen tu dia tau kot tapi yang Thobayana tu memang kena amik address. Thanks!

    ReplyDelete
  2. Maknanya kalau ke Seam Reap ni takdelah berkurang kolestrol kita ye... walaupun banyak berjalan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan pon kurang... dh driver bwk dr pintu ke pintu...hehe

      Delete
  3. Saya suka Sgt daging lembu naik bukit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Tp saya lg suka amuk tu.. rsa mcm green curry sket tp rempah berbeza

      Delete
  4. Saya pergi makan kat kedai kedua tuu... Thobbayana tak pulak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm.. kedai kedua mmg famous dngn malaysian travellers kan siti? Yg 1st tu, driver yg bwa.. sedap!

      Delete
  5. Kena save maklumat tempat makan ni.. mana tau, ada rezeki sampai sana.

    ReplyDelete
  6. Semasa di Siem Reap, saya tak sempat try kat kedai Muslim Kitchen tue. 2 kali ke kedai Arwah Haji Musa. Sampai skrang, masih teringat sedapnya Daging Naik Bukit yang arwah masakkan. Kedai Arwah betul betul sebelah masjid jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..mcm ada nmpk hr tu... tp x tau itu kedainyer... ade mkn dkt kedai dpn sikit dr masjid tp lupa mma kedai...

      Delete

OVERNIGHT AT THE BERBER DESERT CAMP

Selepas lunch, kami teruskan lagi perjalanan yang panjang sampai lah petang.  Look at the view.. Magnificent!  We crossed the High Atlas Mou...

You may also like to read these...