Trip hatyai-Krabi ni initially nak buat hatyai-Krabi-Phuket tapi dah x larat mo drive, so jadikla Hatyai-Krabi...he..he...Roadtrip ni kami buat waktu cuti sekolah bulan 5-6 hari tu... First time driving jauh ni tp ok aja sebenarnya mcm jalan kat negara kita jugak....(hehe..yang cakap ni bukan drive pon, dok sebelah aja...). Dulu pernah p Thailand tp naik flight. P Bangkok and Pattaya, tp dah lama dah.
Al-kisah, kami p dua kereta. Hotel dah book siap2 kat Booking.com. Isik minyak penuh2.. Ilmu dah dikorek sedikit-sebanyak dari otai2 yang slalu buat roadtrip dan juga dari rakan2 blogger. 6 tips penting yang boleh diambilkira jika nak berroadtrip ke selatan Thai:
1. Isi minyak penuh semasa di Malaysia. Minyak Thai lebih mahal. Tapi rasanya lebih jauh perjalanan dengan minyak mereka (yang ini cuma andaian saya sebab rasa mcm lebih km dengan minyak mahal mereka..;))
2. Buat white card dan insurans di Caltex Gurun lebih selesa dan tak ramai orang. Isik arrival card pon kena charge rm1. Kalu dalam flight tulis sendiri, freeeeee aje...
|
x ada orang pon...he..he..he.. |
|
Inilah rupa insurans nya |
3. Jika boleh, masuk ikut Padang Besar, bukan di Bukit Kayu Hitam. Walaupun Bukit Kayu Hitam 'lebih dekat' setengah jam but u will save almost 2 hours dekat border. Trust me! Kami memang dah plan ikut Padang Besar tetapi..... (nanti citer)....ishhh....#modemarah
4. Belik Sim Card kat sana. Lepas tu on wifi hotspot. 1 sim card, punya ramai boleh gayut wifi hotspot tu untuk seminggu. Kami belik DTAC (agaknyalah.. x paham nak baca Siam). 299 bath boleh guna seminggu dan ramai org boleh guna. Line laju. Lagipon hotel kat sana semua ada wifi. So. masa di hotel guna wifi hotel ler.
5. Bulan Mei dan Jun dan yg seangkatan dengannya memang hotel di Selatan Thai murah. Off peak period katanya. Murah bukan sebarang murah, ada yg almost 50% off or sometimes more.
|
Hotel kami di Hatyai (credit: booking.com) |
|
Hotel kami di Krabi |
6. Makanan halal memang senang nak dapat di sana. So, don't worry, we won't starve there. In fact, u'll gain weight. Thai Food is fantastic!
Kami bertolak pagi sabtu dari Kuala Kangsar. Bermalam hari Jumaat di kampung, so Saturday dah half way dah kan... perjalanan smooth sailing. Sampai di Caltex Gurun, isi white card dan settle dokumen2 kemasukan di border. X ada orang. Memang mudah. Kat sini kmi jumpa seorang otai yg nasihatkn kami masuk kot bukit kayu hitam. Otai tu badan bertatu2... ganaz nampaknya Sekejap aja katanya... hmmm.... lagipun lebih selamat, katanya... (kami balik ikot pasang besar, ok ja). Disebabkan mendengar nasihat otai ganaz tersebut, kami pon cancel nak ikot padang Besar, lalu masuk ikot Bukit Kayu Hitam,
|
Kat sini sngat clear..jngn tertipu cek pah... |
|
JPJ Bukit Kayu Hitam |
|
Ditepi2 jalan pon boleh buat insurans |
|
Lihatlah kesibukan Bukit Kayu Hitam kweng3... Stucj for almost 2 hours here... |
Dalam kami tengah berpanas2 berator tu, tiba2 ternampak otai ganaz tadik, cepat aja die lalu.. dia nampak kami, dia pon kata.."hello kawan, jumpa lagik...bayarla extra rm20, memang sangat cpt..." patotlah die kata cepat coz die laluan express, byr extra rm20. cis cake betol! Die sorang bolehla kluaq rm20. Kami beramai2, mau beratos... nak x nak, beratoq ler jugak.... tp kami still byr rm2 + rm1 semasa cap pasport.... yang itu memang dah jadi kebiasaan mika2 di sini.. rm3 still ok lah lagik kan...
|
Welcome to Thailand! Sawadeekappp!!! |
Selepas bersesak2 di imigresen, kami pun meneruskan perjalanan... Untuk ke Hat Yai makan masa lagi 45 minit ke satu jam (depending cara anda merempit di jalanan). Sebenarnya kami nak singgah Krongae (syurga buncle yang hanya ada pada hari Sabtu), tp masa kami sampai dah tutup. Ini semua salah uncle ganas tu... Sampai Krongae, tinggal van dan tapak aja.
|
Perumahan dalam perjalanan ke Hatyai. |
|
Jalan lurus yang cantik nak ke Hatyai |
Sampai2 kami check in lah dulu di Pon Chang Resort. Sangat cantik hotelnya. Ada private parking. Harga pon murah. 5 km nak ke Lee Garden tp ok ja coz ada kenderaan. Kami x suka bersesak2 ramai2 di area Lee Garden. Nanti cerita tentang hotel ni di episod lain.