Monday, 18 January 2016

OUR SCARY JOURNEY BACK FROM KRABI

Hari terakhir kami di Krabi bermula dengan cukup baik sekali. Langit yang cerah, cuaca yang cantik.. Little did we know that our journey back to Malaysia today would encounter a problem....


Taken from the balcony of Haleeva Sunshine... Bye bye Haleeva...
Ada rezeki,  umur panjang kita datang lagi...
Kami memang bercadang nak balik terus ke Malaysia hari tu tapi sebelum balik jalan2 dulu dekat Ao Nang beach.

Cuaca hari ni sangat cantik tapi panas terik.

Sempat bergambar dengan vespa unik ni
Selepas jalan2 sambil membeli2 kat tepi2 pantai, kami ke area gerai makan. Nak singgah kedai pankek Makcik Yaminlah yang digemburkan sedap tu...

Macam2 gerai ada...
Beli apa tu???
Tu dia....

Sambil tunggu order, dak Faris dok
main ais batu sebab panas sangat kot...
Tu dia.....
Coklat Nutella

Coklat Banana
Taste? Ntah, lebih kurang sama aja dengan yang lain2.... Lepas makan, kami meneruskan perjalanan. Niat hati nak naik gajah tapi sesat pulak, x jumpa pun kandang gajah...huhu... Memandangkan dah hampir pukul 2, kami pun x jadiklah carik gajah. Teruskan perjalanan nak pulang...

Perjalanan pulang.
Kali ni kami set GPS nak ke Padang Besar. X nak lalu Bukit Kayu Hitam lagi. Check website, border Padang Besar tutup tengah malam. So, kira oklah...

Salah satu pekan yang kami temui semasa pulang. Singgah 7e belik
jajan2 dan biskut2. I noticed 7e dekat Thai ni memang happening ah..
macam2 ado...
Ingat nak singgah RnR Trang yang kami singgah masa pergi hari tu.. tp rupanya balik ni kami ikut jalan lain pulak.


Hari dah semakin petang. Singgah kejap kat Esso isi minyak. Tnya dekat pekerja Esso tu, jalan nak ke border. Katanya kena ke Hatyai dulu. Kami pun hairan, kalau ikut GPS, x perlu ke Hatyai.  Pada masa yang sama, terjumpa seorang brother dengan family. Mereka pon dari Krabi tp mereka singgah bermalam di Pak Bara. Nak makan seafood fresh katanya. Dia kata dah x sempat nak ke border. Die pon beritahu kami pasal kena ke Hatyai dulu baru sampai border.  Tapi, kami ni degil. Dok nak ikut juga GPS...
Hari dah semakin petang. Isi minyak dulu. 
Hari dah semakin gelap. Kami masih mengikut GPS dan berasa hairan juga, kenapa mereka2 tu suruh kami ke Hatyai dulu sedangkan GPS menghalakan kami ke arah lain. Pukul 7.30 malam di Selatan Thai dah sangat gelap. Kami lalu di hutan2. Setiap 5 minit perjalanan, ada pondok askar, setiap 5 minit, ada pondok askar. Hati dah semakin cuak. Jalan punyalah gelap, x ada lampu. Kiri kanan semua hutan belentara. Takut pulak keluar harimau gajah ka komunis ke....(errr..ada lagik ka komunis?) Dh la waktu tu tengah hangat kes penemuan kubur2 di Wang Klian tu... Macam2 bermain di fikiran. X boleh jadik ni... kami memang dah sesat... Akhirnya kami whatsapp call gang otai Krabi, explain masalah kesesatan kami ni...huhuhu... Die pon send peta ni ke kami...
Beginilah GPS Map kami. Arahkan kami ke
Kaki Bukit. Kami sesat dah nak masuk ke
bulatan merah. Ikutkan GPS suruh kami
 merentas Thale Ban National Park.
Rupanya betullah kata orang yang kami jumpa tadi, memang tiada jalan nak ke border, melainkan ke Hatyai dulu sebab  border yang di Wang Klian pun pukul 6 dah tutup. Rupanya GPS halakan kami ke Wang Klian.  Kami tadi sesat dah ke Thale Ban National Park. Untuk ke Wang Klian pon, memang x boleh merentas hutan tu, kena pusing tp entah kenapa GPS !@#$$% tu hala kami ikut hutan2 tu.... Nak x nak, kami pusing semula dan menuju ke Hatyai. Lepas drive dekat setangah jam, barulah nampak pekan dan lampu jalan. Dalam pukul 9 mlm, kami check in di Green View Hotel. Harga 1 malam RM102 untuk bilik triple, bilik double dalam puluh2 aja rasanya. Kami ambik keputusan akan bermalam sehari lagi di Hatyai. Badan dah penat, hari pon dah malam..so, why not esok aja baru balik.... Malam tu, kami makan lagik di Kedai Kelantan...hehehhe...

Green View Hotel (ditangkap keesokan harinya sebelum check out). Ini
main block. Bilik kami di block B, berdepan dengan bangunan ini. Hotel ni ok,
ala2 hotel kerajaan. 
Main lobby
Sebuah kereta lagi balik awal sebab ada hal lain. Kami yang tak ada hal sangat ni masih lagi x nak balik... p jalan2 lagik kat area Lee Garden for breakfast dan perabih duit kat Pink Lady Complex...hahaha...
Pink Lady Complex
Lepas sejam kat Pink Lady Complex barulah kami bergerak pulang.

Senang hati nampak sign Padang Besar.
Malam tadi semua sign Siam.
Seperti yang dijangka, kompleks kastam Padang Besar memang lengang. X sampai 5 minit berurusan dah selesai. Ok aja Padang Besar, x ada pon jalan kampungla, x lawa la, bahayala... sama aja dengan jalan dari Bukit Kayu Hitam.

Ad sorang ja....hahahaha..mana x laju. Tapi lepas kami cap pasport, ada satu bas
rombongan ah soh n ah pek turun... nasib kami dah lepas...

X pernah hati terasa begitu girang bila nampak signboard Kangar tu..hahaha
Inilah dinamakan, hujan emas di negara orang....(sambung sendirilah ya...)

Masih lagi mood shopping, kami berjimba pulak di The Zon.... (memang x sedar diri betol....)... Belik pinggan mangkok pulak cik kiah oiiii....
'Us' at the Zon.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman kami berroadtrip ke selatan Thai. Pengalaman perjalanan balik melalui Hutan simpan tu memang x dapat nak dilupakan. Dah la gelap, jalan pon x tau nak ke mana..nak tanya orang pon x ada... yang ada post guard kosong. takutnyaaaa.... Alhamdulillah, semuanya selamat. Moral of the story, jangan percaya sangat gadget tu.. ikut nasihat otai2...hahaha.... Ada sambung lagi, lepas ni kami p carik makan pulak...carik laksa famous kat Perlis.... Jumpa lagi....

23 comments:

  1. Best pengalaman macam tu...kalau tak nak skeri meri pergi aje dengan pakej... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. P krabi pkai pakej rugi ler PLM... hehe

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. I also experienced this when my friends and I were in New Zealand last year. Of course we're fully relied on the GPS, but mana tau, makin lama makin jauh. Initially it said it takes 20 minutes to reach destinations, soon or later, it took more. Only to find out GPS brought us to the road less taken, langsung tiada kereta lain.
    In other words, GPS is Guna Pun Sesat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...this is my 1st time knowing the acronym GPS stands for Guna pun sesat! true..true. very true... Sometimes relying too much on gadget also can give u trouble...haha.. i learnt my lesson...

      Delete
  3. Definitely scary but glad you are all safely back!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. TQ.. tp saya memang sangat slow ..cerita ni pon dah lama sangat sbnrnya

      Delete
  5. Saya pun mudah percaya kat gadget macam GPS, kononnya teknologi canggih tak ada silap.. tapi sekarang, dah pandai dah sebab selalu tertipu dengan GPS. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, bak kata Diana Teo, Guna pon sesat..hahaha

      Delete
  6. Alaska..scary merry lah.. takut nya kalau akak.. sure i baca segala ayat.. and alhamdullilah yr whatapps boleh pakai kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. nasib baik boleh pakai.. rasanya kalau jaoh ke dalam lagik, ntah2 x ada signal... tp kan, coverage di thailand ni memang ok... x da masalah kelajuan sepanjang kami di sana...

      Delete
  7. Belum pernah ke Krabi nih. Jadi pengen ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adie... Krabi is nice...! x rugi pergi..:)

      Delete
  8. uiii memang serem tu..kalau nekcik dah panik camtu..takuut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak nyA pitih...asyik soping, soping je

      Delete
    2. Banyak nyA pitih...asyik soping, soping je

      Delete
    3. Nekcik: hehehe... nasib beramai2..kalu sorang2 ke, mau panic jugek tu...
      Nieda: sopping lebih2an wang yg tinggal... ade lah seciput.. nak tukar ke RM balik pon x berbaloi rasanya...hehehe

      Delete
  9. uiks Fari..saspen btol la! hehe
    sedappnya ceklat penkek tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap.... tu yang berat bertambah tu...huhuhuu

      Delete

OVERNIGHT AT THE BERBER DESERT CAMP

Selepas lunch, kami teruskan lagi perjalanan yang panjang sampai lah petang.  Look at the view.. Magnificent!  We crossed the High Atlas Mou...

You may also like to read these...