Tuesday, 7 October 2014

Tioman Island (Part 1)

Sebelum sambung pengembaraan ke luar negara, nak cerita sikit pasal trip cuti sekolah bln 6 hari tu... dah lama dah ni sebenarnya..he..he.. Lepas balik Sydney hari tu, kami buat trip adik-beradik ke Tioman. Seramai 9 orang, termasuk 2 kanak2 blm cukup umur join trip ni... Kami convoy 2 keta, hubby's car and bobby's car. Midori angah x cukup umur, tinggal jaga rumah.

Kami bertolak tengah malam, semangat waja! Mula2 ingat nak bermalam di area mersing, tp pasal ade sebab2 yg x dapat dielakkan, kami pon bertolak pukul 2 pagi. Dah la jalan nak ke jeti tu punyalah mencabar, dengan gelapnyer, kabusnya, dengan mengantoknya lg, sabor jelah...

Stop sat p toilet sambil cuci2 muka kasik hilang ngantok
Kite suruh layan pilot, ini kijanyer...
Alhamdulillah, x ada apa2 aral yang melintang, pukul 7 pagi kami sampai ke jeti Mersing. Washing up, and then breakfast. Lps tu, bertolak la ke Tioman.

Pekan Mersing di waktu pagi

Bergambar di jeti. Mcm gajah bawak lado

Parking yang selesa dan dikawal disediakan di jeti dengan
 bayaran yang berpatutan.
Sambil breakfast, angah p amik tiket kat kaunter. Tiket dah termasuk dalam bayaran RM320 tadi. Feri penuh. Ade ke patot kami ade 3 orang yang kena berdiri. Last2 kami panjat naik atas dan duduk kat bumbung. Lagi seronok, fresh air...

Isa sambong tido dengan bergaya
Comel mama

Tu dia 3 org kena berdiri...
Mula2 cadang nak duduk kat Tekek tp dah penoh. So, kami menyewa kat Island Reef Resort, Kampung Genting (stop pertama dari Mersing). Punyalah seronok stop pertama, coz boleh turun dulu, tapi ko x tau, balik nanti masakla menunggu....kikiki

Seronok jadi orang pertama turun!

Pakej kat Island Reef ni rm320 untuk dewasa dan rm290 untuk kanak2. Pakej termasok makan 3x sehari (malam sabtu ada bbq), snorkeling gear, feri, dan bot. Kira oklah resort ni.. Nak kata mewah, memanglah tak. Kalu nak bermewah2, sila ke Berjaya Resort ya, x pon ke Tuna Maya.  Tp air cond bilik kami ni kurang sejuk ah..mencabar jugak kalu time tengahari. Nasib baik siang hari x dok dalam chalet. Kalu idak, mau gak separa masak dibuatnya..

Naik tangga nak ke chalet. Lif tidak disediakan. Jadi, jika anda
rasa kaki anda x berapa nak tahan, silalah duduk di tempat lain.
Kalu jenis rakan muda aktif, sangatlah dialu2kan...
Petang tu, lepas check in, xtvt free and easy. So, kami pon jalan2 pusing Kampung Genting. Lepas tu, berenang2 kat tepian laot. Kedai makan banyak, senang nak minum2 dan makan2. Lunch pada hari pertama tidak disediakan. Ada sebuah klinik kesihatan kecil kat sini. Sangat berguna jika anak2 anda atau anda sendiri semput. Dak Faris ambik neb kat klinik ni setelah seharian bercanda di laot.






Malam dinner kat chalet. Kami ni jenis yang x fussy, tolak batu dan kayu aje. So, rasanya memang ok ja dinner malam tu. Lepas makan, kami jalan2 kat kedai2 di kampung genting tu. Barang x murah la. Agak mahal, baik belik kat Tanah Besar (area jeti Mersing).  Selain itu, kami juga...

Mengadakan perlawanan futsal dengan
 kanak2 local di Kampung Genting.Sungguh memalukan, wakil2 sekolah dan wakil2
 kompeni, kalah terok dengan budak2 kecik
 kampung.. Ape da... Mlm esok, mika nak
lawan lagi tu... nk tebos kekalahan
kunon...

Selepas dimalukan main futsal, kami pon...

P mancing plok... Memang x da luck malam ni. Dah la kalah terok,
satu ikan sotong pon x mo lekat...
Kita cuba nasib esok malam pula.... Sebelum mengundur diri...

Senja di Kampung Geting, Pulau Tioman

8 comments:

  1. Bestnya rombongan cik kiah ke pantai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiah x kiah sngtla... mat2 rock mat2 bunga daon sumer ado... mcm2 ado...

      Delete
  2. kalah dgn budak2 tecik? maybe dorang dh pro ..kira ok lah tu hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat memalukan JM... semua bdk2 besar klah dngn bdk kecik drjah 3.. yg blm sek pon ado.. adoila... mna nk letak muko? Hahaha...

      Delete
  3. wah..bestnya pi ramai-ramai...terhibur saya menengoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..lawak plak dngr MKL tulis begitu... mmg sngt menghiburkan.. rhn dpn nk ke pulau lain pula..hehe

      Delete
  4. meriaah kan.....nekcik pun suka tengok rombongan cik kiah ke pulau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..rombongan cik kiah slalu bwk bnyk duit..ini rombongan x berduit..haha

      Delete

OVERNIGHT AT THE BERBER DESERT CAMP

Selepas lunch, kami teruskan lagi perjalanan yang panjang sampai lah petang.  Look at the view.. Magnificent!  We crossed the High Atlas Mou...

You may also like to read these...