Hi all! Im posting this on behalf of SSBJ Alumni. Just helping them out. Feel free to participate. U can kill 2 birds with a stone, staying healthy n donating to the school for world class athletes ๐
Cheers,
FarikicasWorld
Salam Hormat Tuan/Puan. Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (Alumni X-BJSS) akan menganjurkan acara Larian sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 SSBJ. Acara julung kali ini diadakan juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi aktiviti Alumni khususnya kebajikan bekas pelajar SSBJ. Butiran acara larian ini adalah seperti berikut:
*Tarikh:22 Oct 2016 (Sabtu)*
*Masa: 6am-11am*
*Lokasi: Dataran Putrajaya Presint 3 (berhadapan Istana Kehakiman)*
• Penyertaan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
• Sebanyak 6 kategori di pertandingkan iaitu Terbuka Lelaki & Wanita, Junior Lelaki & Wanita serta Veteran Lelaki & Wanita melibatkan jarak 5km & 10km.
• Yuran Penyertaan adalah di antara RM50-RM80 dan menawarkan Hadiah Tunai Keseluruhan berjumlah *RM38,000*
• Peserta juga berpeluang memenangi 20 Hadiah Cabutan Bertuah termasuk sebuah Motosikal Kris Modenas,TV LED 43' dan pelbagai hadiah menarik.
• Peserta yang berdaftar akan menerima Pek Sarapan Pagi, T-Shirt Larian, Buku Program manakala peserta yang berjaya menamatkan larian dalam tempoh yang ditetapkan akan menerima Finisher Medal.
*Untuk keterangan lanjut termasuk pendaftaran secara online, tuan/puan boleh layari : http://runnersasia.com/my/bjss-20th-anniversary-run/ atau hubungi hotline kami di talian 013-2207121.*
Terima kasih.


nice sharing
ReplyDelete๐๐
Deletemacam tak larat je nak berlari dah hahaha
ReplyDeleteSamalah kita... bdn berat...huhu
Delete